Selamat Datang ke Audit Dashboard 2.0
Pihak auditi sering kali menjawab maklum balas melebihi tempoh yang ditetapkan. Sehubungan itu, pihak Unit Audit Dalam telah mewujudkan Sistem Audit Dashboard KEJORA sebagai salah satu medium supaya auditi dapat menjawab laporan audit dalam tempoh yang ditetapkan. Audit Dashboard KEJORA yang diperkenalkan berdasarkan Paparan Susulan Laporan Ketua Audit Negara (AG's Dashboard) bertujuan bagi menggalakkan ketelusan dan mempercepatkan penyelesaian isu-isu audit dalaman.
Inisiatif ini dijalankan secara atas talian bagi memantau tindakan yang diambil terhadap isu-isu yang dibangkitkan di dalam Laporan Audit. Ia bertujuan memberi tanggungjawab kepada Bahagian/Unit yang terlibat untuk bertindak ke atas isu-isu yang tertunggak. Status tindakan bagi setiap isu dan penemuan ditunjukkan dalam sistem 'lampu isyarat' iaitu sama ada HIJAU (Selesai), KUNING (Dalam Tindakan) atau MERAH (Tiada Tindakan).