Pihak auditi sering kali menjawab maklumbalas melebihi tempoh yang ditetapkan. Sehubungan itu, pihak UAD telah mewujudkan Dashboard Audit KEJORA sebagai salah satu medium supaya auditi dapat menjawab laporan audit dalam tempoh yang ditetapkan. Dashboard Audit KEJORA yang diperkenalkan berdasarkan Paparan Susulan Laporan Ketua Audit Negara (AG’s Dashboard ) bertujuan bagi menggalakkan ketelusan dan mempercepatkan penyelesaian isu-isu audit dalaman.
Inisiatif ini dijalankan secara atas talian bagi memantau tindakan yang diambil terhadap isu-isu yang dibangkitkan di dalam Laporan Audit. Ia bertujuan memberi tanggungjawab kepada Bahagian/Unit yang terlibat untuk bertindak ke atas isu-isu yang tertunggak. Status tindakan bagi setiap isu dan penemuan ditunjukkan dalam sistem ‘lampu isyarat’ iaitu sama ada HIJAU (Selesai), KUNING (Dalam Tindakan) atau MERAH (Tiada Tindakan).